dMagia Diet Mealz

Terma & Syarat

TERMA DAN SYARAT STOKIS DMAGIA DIET

Berikut adalah terma dan syarat penjualan produk, servis dan apa-apa jua yang berkaitan dengan DMagia DietMealz & DMagia DietCleanz.

Anda dinasihatkan membaca setiap terma dan syarat yang tertera di bawah dengan teliti sebelum mengisi borang pendaftaran stokis secara online.

1.0 MENGISI BORANG PERMOHONAN

1.1. Stokis yang telah dipilih hendaklah mengisi dengan lengkap borang yang disediakan oleh ibupejabat melalui borang yang di sediakan d dalam website ini.

1.2. Borang akan diproses dalam tempoh 1-2 hari bekerja dan makluman  ID Stokis yang sah akan dimajukan melalui email berdaftar.

1.3. Stokis yang telah mendapat surat tawaran rasmi dan ID Stokis  yang sah dikehendaki melakukan pembayaran penuh pakej Stokis dalam tempoh 5 hari dari tarikh surat tawaran. Pembayaran yang tidak diterima dalam tempoh 5 hari dianggap penolakan dari Stokis terhadap tawaran ini.

1.4. Selepas bayaran diterima, pihak stokis perlu menandatangani  Perjanjian Stokis DMAGIA bersama peguam yang dilantik oleh ibupejabat.

2.0 SISTEM PENGURUSAN PERNIAGAAN

2.1. Pihak syarikat MEWAJIBKAN semua stokis menggunakan aplikasi Bizzapp sebagai sistem pengurusan perniagaan. Segala pembelian produk, invois belian, nota penghantaran dan laporan jualan akan menggunakan aplikasi ini. Kos dianggarkan sebanyak RM 250 – RM500 setahun (bergantung kepada pakej yang diperlukan  oleh pihak Stokis) Kos bagi aplikasi ini adalah tanggungan pihak stokis. Walaubagaimanapun ibupejabat menyediakan perkhidmatan penyediaan dan pengendalian aplikasi ini untuk pihak stokis secara PERCUMA.

3.0 HARGA PRODUK

3.1. Pihak syarikat berhak menetapkan harga jualan runcit dan harga Stokis setiap produk keluaran syarikat dari masa ke semasa.

3.2. Harga pasaran produk sedia ada adalah seperti berikut :

DMagia DietMealz – 14 sachet + 2 sachet DietCleanz adalah RM120

DMagia DietCleanz – 14 sachet adalah berharga RM90

3.3. Pembelian minimum untuk berdaftar sebagai Stokis dalam tempoh promosi adalah RM18,000 melalui sistem pesanan Bizzapp dengan margin keuntungan 50% dari harga pasaran produk.

Minimum pembelian bulanan bagi setiap stokis adalah RM10,000.

3.4. Pihak syarikat berhak membuat jualan promosi (tidak melebihi 40% harga jualan) untuk menarik pengguna baru dan menggalakkan pengguna sedia ada membeli dengan kuantiti yang lebih tinggi dan pihak Stokis perlu mengikut harga promosi yang ditetapkan syarikat menerusi memo yang dikeluarkan. Promosi seperti ini akan diadakan maksimum 2 kali setahun.

3.5. Bagi jualan di market place seperti shopee, lazada dan sebagainya, syarikat membenarkan maksimum penurunan harga sebanyak RM3 sahaja daripada harga produk yang telah diputuskan, jika perlu.  Pihak Stokis atau Agen  DILARANG SAMA SEKALI MENURUNKAN HARGA PRODUK SESUKA HATI melebihi dari harga diskaun yang dibenarkan ini, tanpa mendapat memo promosi atau surat pengesahan daripada pihak syarikat.

3.6. Sebarang tawaran FREE GIFT oleh stokis adalah dilarang sama sekali. Semua promosi free gift akan diselaraskan dari pihak ibupejabat

3.7. Tawaran FREE POSTAGE atau kos penghantaran percuma kepada agen adalah dibenarkan. Namun begitu, tawaran FREE POSTAGE kepada pengguna akhir adalah TIDAK DIBENARKAN kecuali tawaran ini telah diselaraskan oleh pihak ibupejabat pada bulan bulan tertentu sebagai promosi kepada pengguna.

4.0 TANGGUNGJAWAB STOKIS 

4.1. Stokis perlu menggunakan aplikasi Bizzapp untuk semua belian produk dari Pusat Pengedar. Bizzapp Pusat Pengedar akan dinyatakan dalam surat tawaran rasmi sebagai stokis

4.2. Syarikat mensasarkan setiap stokis mempunyai sekurang kurangnya 20 agen berdaftar di bawah mereka. Sistem pengurusan agen juga adalah melalui aplikasi Bizzapp.

4.3. Stokis juga perlu menggunakan aplikasi Bizzapp untuk semua jualan produk kepada Agen bagi memastikan laporan jualan mengikut standard yang ditetapkan oleh ibupejabat untuk tujuan ganjaran / insentif bulanan kepada agen.

4.5. Stokis perlu mengemukakan laporan bulanan Bizzapp berkaitan Agen berdaftar dan jumlah belian setiap Agen kepada Pusat Pengedar masing masing selewat lewatnya 7hb pada setiap bulan bagi tujuan insentif.

4.6. Stokis bertanggungjawab untuk mendaftarkan agen agen yang dipilih kepada Pusat Pengedar melalui link yang akan diberikan supaya agen memperolehi nombor ID Agen yang sah.

4.7. Stokis bertanggungjawab untuk memastikan agen agen di bawah daftar mereka mendapat informasi produk dan teknik jualan yang tepat

4.8. Stokis bertanggungjawab untuk memastikan agen agen di bawah daftar mereka tidak membuang harga dan sentiasa mematuhi syarat syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat

4.9. Pihak Stokis diwajibkan menyertai latihan yang dianjurkan syarikat dari masa ke semasa.

4.10. Pihak Stokis  dilarang menyalahgunakan logo, nama dan hakcipta atau harta intelek syarikat yang boleh menjejaskan nama baik dan imej syarikat.

Pihak Stokis hendaklah menyampaikan sebarang aduan pelanggan terus kepada  pihak syarikat melalui borang yang disediakan di laman web syarikat.

5.0 TANGGUNGJAWAB SYARIKAT

5.1. Syarikat bertanggungjawab dalam memastikan semua produk yang dikeluarkan adalah menepati piawaian kualiti dan standard yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib serta selamat digunakan.

5.2. Pihak syarikat akan memastikan stok produk sentiasa mencukupi dengan kerjasama rapat bersama Pusat Pengedar.

5.3 Pihak syarikat akan menyediakan dan menyalurkan semua informasi produk dan bahan pemasaran melalui email.

5.4. Syarikat bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti penjenamaan dan promosi sepanjang tahun bagi memastikan produk mendapat permintaan tinggi.

5.6. Syarikat akan sentiasa mematuhi hak perlindungan data peribadi stokis & agen berdaftar.

6.0 TANGGUNGJAWAB PUSAT PENGEDAR

6.1. Pusat Pengedar perlu menggunakan aplikasi Bizzapp untuk semua belian produk dari syarikat.

6.2. Pusat Pengedar perlu mengemukakan laporan bulanan Bizzapp berkaitan Stokis berdaftar dan jumlah belian setiap Stokis kepada syarikat selewat lewatnya 7hb pada setiap bulan bagi tujuan insentif.

6.3. Pusat pengedar bertanggungjawab memajukan unjuran permintaan produk hasil makluman stokis kepada syarikat pada setiap bulan bagi melancarkan pengurusan stok.

6.4. Pusat pengedar akan memastikan pengedaran stok secara adil kepada semua stokis.

6.5.Pusat Pengedar bertanggungjawab untuk mendaftarkan stokis stokis yang dipilih kepada syarikat .

6.6. Pusat pengedar bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dengan semua stokis dan memastikan stokis berjaya menjana pendapatan yang maksimum secara berintegriti.

6.7. Pusat Pengedar bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sekiranya stokis melanggar syarat syarat yang telah ditetapkan dan melaporkan kepada syarikat dengan kadar segera.

6.8. Pusat Pengedar bertanggungjawab mengadakan perjumpaan berkala bersama semua stokis setiap bulan.

7.0 KAWASAN EDARAN

7.1. Syarikat tidak menetapkan kawasan edaran samada edaran secara online atau offline. Namun begitu, stokis perlu memilih kawasan edaran utama untuk produk memenuhi capaian pasaran.

8.0   INFORMASI YANG JELAS DAN BENAR

8.1. Pihak Stokis  DILARANG SAMA SEKALI MEMBERIKAN PENERANGAN YANG SALAH terhadap sistem perniagaan atau produk syarikat.

8.2. Setiap penerangan hendaklah berpandukan kepada maklumat yang dibekalkan oleh pihak syarikat sahaja. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawap terhadap tuntutan yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya berpunca daripada informasi yang salah daripada kesalahan pihak stokis / agen yang memberi penerangan8.0 PEMBATALAN KELAYAKAN STOKIS

8.3. Status sebagai Stokis dianggap batal atau tidak aktif sekiranya tidak membuat sebarang pembelian minimum melebihi dua (2) bulan dari tarikh terakhir pembelian.

8.4. Sekiranya mana-mana syarat dan terma di atas tidak dipatuhi oleh pihak stokis, secara  langsung kelayakan sebagai stokis akan terbatal dengan serta merta tanpa sebarang notis.

9.0 PERAKUAN

9.1. Dengan menandakan persetujuan di dalam borang Stokis yang diisi secara atas talian, Stokis dengan ini telah bersetuju memperakukan segala maklumat dan isi kandungan terma dan syarat stokis telah dipersetujui tanpa paksaan mana mana pihak.

Borang Butiran Stokis

Lengkapkan Butiran Di Bawah